Friday, November 20, 2015

Pengalaman membeli belah dengan Lazada



Hai semua.


Zaza pasti korang semua mesti kenal Lazada kan. Kalau tak tau pon paling koman mesti pernah tengok iklan Lazada dalam TV kan. Untuk penggemar online shopping pastinye Lazada menjadi pilihan.




Macam mane Zaza boleh tersangkut untuk shopping di Lazada? Al-kisahnya begini. Zaza kan tengah pregnant sekarang so mostly baju mengecik disebabkan perut membesar. Jadi Zaza mulalah mencari baju mengandung yang selesa, boleh dipakai ke office dan out thing. Then lepas beranak boleh pakai untuk menyusu plak. Kiranya all in one lah. Survey punyer survey terjumpelah Lazada. Kebetulan plak sekarang Lazada ade sale tau.


Bermula dari 11.11.2015 sehingga 12.12.15 tau.


Zaza terus rembat 2 helai blause dari Aqeela . Sale 70% tu mane nak dapat harga runtuh camtu. Apelagi terus masuk bakul dan buat payment. Lagi best bila koran bolet buat online bank in atau cash on delivery (COD). Pastinya untuk lebih jimat Zaza pilih COD je. So once korang dah buat payment nanti Lazada akan emailkan details pasal transaksi korang. Untuk COD Lazada menggunakan perkhidmatan courier Ta-Q-Bin.  Lazada akan bagi tracking number so korang boleh monitor pesanan korang.


Cuba teka berapa Zaza bayar untuk blaus ni?






Cuma RM27.60 je (termasuk GST tau)


Zaza order petang  11.11.2015. Barang Zaza sampai pagi 13.11.2015. Memang tip top lah servis dari Lazada. Memang Zaza puas hati dan tak mengecewakan. Bila Zaza post dekat wall FB pasal servis terbaik dari Lazada. Kawan Zaza pon bersetuju dengan lebih daripada 1 like hahaha. Zaza pon tengah intai peluang nak shopping lagi dekat Lazada.


Oklah so pade korang yang rase nak shopping dengan Lazada tak perlu risau ok. Untuk meningkat mutu servis Lazada akan minta korang jawap survey pengalaman membeli belah dengan Lazada. Zaza bagi 5 bintang. Then korang akan diminta untuk review produk yang korang beli. Komenlah dengan jujur.


Zaza sangat berpuas hati dengan blaus yang Zaza beli. Boleh dipakai ke office atau pon berjalan2. Kalau pergi kenduri just padankan dengan skirt dah siap.


~Jom shopping di Lazada~

No comments:

Post a Comment